SINAR YANG TERPENDAM



Pada entri kali ini, aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai antara salah satu pengalaman paling berharga aku ketika berada di UPM.

Pengalaman manis berlaku pada semester lepas. Ia merupakan projek mega bagi aktiviti kokorikulum yang kami semua wajib ambil. Jadi, pada semester lepas, aku telah mendaftarkan diri dalam aktiviti kokorikulum seni tarian Melayu.

Pada pembaca yang mengenali diriku, pasti anda berasa terkejut dan mungkin kedengaran lawak namun, itulah bakat yang terpendam dalam diriku. Sejujurnya, menari merupakan salah satu hobi yang aku lakukan ketika waktu lapang. Tetapi, sebagai seorang introvet, sudah semestinya aku hanya menari di kawasan tertutup iaitu di dalam bilikku. 

Aku memilih seni tarian Melayu kerana aku ingin menyambung dan mengasah bakat yang aku ada sebelum ini. Ketika aku berada di tingkatan empat, aku juga pernah menyertai pertandingan tarian dan kumpulanku telah memenangi tempat ke-2.

Maka, pada kali ini, kumpulan 2 seni tarian Melayu akan melakukan persembahan pembukaan untuk majlis Pesta Budaya Warisan yang diadakan di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi. Selain itu, kami juga akan melakukan persembahan selingan untuk pertandingan Seni Tari & Irama Melayu yang akan diadakan pada malam tersebut.

Semasa sesi latihan, aku begitu terkejut kerana dipilih sebagai salah seorang penari yang akan berada di hadapan sekali. Sudah semestinya aku berasa begitu gentar sekali kerana sudah pasti penari di hadapan sekali yang akan menjadi perhatian. Aku tidak pernah sama sekali menyangka bahawa fasilitator yang mengajar kami akan memilih aku. Namun, berkat sokongan dan dorongan oleh rakan-rakanku yang baru aku kenali ketika menyertai aktiviti kokorikulum ini, aku telah sematkan dalam diriku untuk melakukan yang terbaik.

Antara jenis tarian yang kami persembahkan adalah tarian zapin, inang dan joget. Aku begitu gemar akan seni tarian Melayu kerana lenggoknya yang kelihatan begitu lemah lembut dan sopan sekali. Sebelum kami memulakan latihan buat pertama kali, kami juga turut belajar serba-sedikit mengenai asal-usul dan signifikasi tarian melayu ini.

Akhir kata, aku ingin berterima kasih yang tidak terhingga kepada fasilitator merangkap juru latih tarian iaitu Encik Izam kerana telah banyak mencurahkan ilmu tarian serta bersabar dengan kerenah dan kesilapan yang telah dilakukan sepanjang proses latihan. Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan dua yang banyak membantu aku dalam memperbaiki seni tarian aku.

AHLI-AHLI KUMPULAN 2 SEMASA SESI LATIHAN

GAMBAR SETELAH SELESAI 'REHEARSAL' PADA HARI KEJADIAN

KUMPULAN PEMBUKAAN DAN KUMPULAN PENUTUP

SAHABAT YANG BANYAK MEMBERI DORONGAN KEPADA AKU IAITU RAIHANA DAN ADILA

Comments

Popular posts from this blog

BISKUT RAYA KEGEMARANKU

JUADAH TIDAK BERNAMA

MULTILINGUALISM