AKU SEORANG ULAT BUKU II

Pada hari ini, aku ingin menyambung semula entriku mengenai minatku dalam membaca. Apabila umurku sudah mencecah ke alam persekolahan sekolah menengah, maka jenis bahan bacaan aku juga semakin berubah. Jika ketika aku berada di sekolah rendah aku gemar membaca novel-novel remaja, namun kini aku mulai membaca novel-novel melayu yang lebih matang atau dewasa. Aku juga merupakan antara salah seorang insan yang tidak terlepas dari terjebak dalam membaca novel-novel cinta klise yang laris di pasaran. Walau bagaimanapun, aku jarang membeli novel-novel ini kerana kakakku juga meminati perkara yang sama. Oleh itu, jimat sedikit duit aku kerana kakak sahaja yang akan membeli novel tersebut dan aku akan meminjam daripadanya selepas dia selesai membaca.

Namun, masih terdapat juga sesetengah ketegori novel yang kakakku tidak meminati dan kebanyakan dari novel tersebut adalah bergenre misteri, seram, thriller dan yang mengkisarkan penyiasatan. Aku telah mengumpul beberapa buah novel hasil penulisan pengarang kegemaranku iaitu Ramlee Awang Murshid. Berikut merupakan antara novel-novel beliau yang telah aku miliki :


Sebenarnya, banyak lagi novel-novel beliau yang aku pernah baca namun aku tidak memilikinya. Aku hanya meminjam novel-novel tersebut daripada rakan-rakanku. Perkara yang membuatkan aku begitu gemar membaca penulisan beliau adalah kerana plot serta jalan penceritaannya yang sangat menarik dan lain daripada novel-novel melayu yang lain. Setiap kali aku membaca novel beliau, aku pasti akan memerlukan sebatang pen dan sehelai kertas untuk mencatat kejadian-kejadian serta watak-watak yang penting. Hal ini adalah kerana anda amat memerlukan daya pemikiran yang kuat untuk memahami dan mengingati novel tersebut. Jika aku tidak mencatat perkara-perkara penting yang terdapat dalam novel beliau, pasti aku tidak akan memahami keseluruhan novel tersebut.

Selain novel melayu, aku juga tidak ketinggalan dalam meminati komik. Kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi bahawa orang yang minat membaca komik adalah hanyalah sia-sia dan tidak berfaedah. Aku cukup terkilan dengan pendapat tersebut. Oleh itu, di sini aku ingin menyatakan bahawa membaca komik juga terdapat faedah-faedahnya. Sebagai contoh, komik-komik yang aku baca semuanya menceritakan info-info serta perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa situasi-situasi getir. Terdapat juga fakta-fakta sains yang disertakan sekali. Selain itu, komik-komik ini juga ada yang menceritakan kembara-kembara ke seluruh dunia. Maka, banyak input serta ilmu yang telah aku dapati setelah membaca komik-komik ini.

SIRI IKHTIAR HIDUP






SIRI KEMBARA KHAZANAH




Akhir kata, ingin aku tegaskan di sini bahawa apa-apa bahan bacaan pun terdapat faedah-faedahnya yang tersendiri. Oleh itu, marilah membaca kerana membaca merupakan jambatan ilmu!


Comments

Popular posts from this blog

BISKUT RAYA KEGEMARANKU

JUADAH TIDAK BERNAMA

MULTILINGUALISM