DIY (DO-IT-YOURSLEF)



Do-It-Yourself atau pun lebih dikenali dengan DIY merupakan suatu kegiatan membuat, memperbaiki, memodifikasi sesuatu benda yang dilakukan sendiri oleh seseorang tanpa memerlukan bantuan orang yang mahir dalam bidang tersebut.

DIY kebiasaannya hanya akan menggunakan barang-barang terpakai atau pun barangan harian yang mudah didapati. DIY boleh diaplikasikan dalam pelbagai perkara seperti untuk perkara-perkara yang melibatkan pertukangan, perhiasan, kegunaan harian, penanaman pokok dan banyak lagi. DIY mampu memberikan pelbagai kebaikan seperti :
  • Menambah kreativiti
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Rasa puas dan bangga dengan hasil karya buatan sendiri
  • Barang tersebut unik dan terhad
Bagiku, DIY merupakan antara salah satu hobi yang akan hampir lakukan saban hari. DIY yang aku sering lakukan adalah yang berkaitan dengan kraf dan perhiasan. Untuk pengetahuan semua, aku mula meminati DIY sejak aku berada di sekolah rendah lagi. Ibu juga tidak pernah menghalang hobiku ini kerana peralatan atau barang-barang yang diperlukan mudah didapati dan harganya juga berpatutan.

Antara aktiviti yang paling sering aku lakukan adalah kad ucapan dan buku skrap. Sejak dahulu lagi aku akan membuat kad ucapan sama ada untuk perayaan, hari jadi, ucapan selamat, tahniah dan juga semoga maju jaya. Bagi buku skrap pula, lazimnya aku akan menggunakannya untuk 'Yearly Planner'. Aku akan mereka sendiri corak, reka bentuk, perhiasan serta warna yang akan digunakan untuk kad tersebut. 

KAD UCAPAN DIY

BUKU ALBUM DIY
BUKU SKRAP DIY

PLANNER DIY

CONTOH BUNGA DIY YANG AKU SERING LAKUKAN PADA HARI GURU
UNTUK DIBERIKAN KEPADA GURU-GURU

LAMPU DAN BEKAS HIASAN

Selain itu, aku juga gemar membuat bunga, menghias meja belajar, menulis nota-nota pelajaran serta menghias bilik tidurku. Pada masa lapang, aku juga gemar membuat perhiasan secara suka-suka. Perhiasan-perhiasan ini akan aku simpan di dalam bilik atau akan aku beri kepada rakan-rakan.

Jika anda berminat untuk melakukan aktivit DIY ini, anda tidak perlu risau kerana anda boleh membeli barang-barangnya di mana-mana sahaja. Berikut merupakan antara kedai-kedai yang aku sering kunjungi untuk mendapatkan peralatan-peralatan DIY :

KEDAI MR DIY YANG MEMPUNYAI HAMPIR 300 CAWANGAN DI SELURUH MALAYSIA

KAISON

DAISO

Ketiga-tiga kedai di atas mempunyai segala kelengkapan yang lengkap jika anda ingin melakukan aktiviti DIY. Anda juga boleh mendapatkannya dengan harga yang murah. Selain kedai-kedai di atas, aku juga sering mendapatkan bahan-bahan di kedai-kedai buku seperti Popular, MPK dan Borders. Namun, harga barangan-barangan ini agak mahal jika di beli di sini. Kadang-kadang, aku juga mengunjungi kedai-kedai yang menjual barangan perkahwinan kerana di sini amat mudah untuk mendapatkan peralatan seperti bunga-bunga plastik yang kecil serta manik-manik.

Berikut adalah antara bahan-bahan yang aku sering gunakan :

SET KAD UCAPAN DIY

DEKORASI PERHIASAN DAN PEMBALUT HADIAH

PEN DAN GAM PELBAGAI WARNA

PELEKAT DAN PITA WASHI/BERCORAK

Jika anda tidak mempunyai idea, anda bolehlah merujuk video-video di Youtube, membeli buku-buku kraf, melayari laman-laman sesawang atau melihatnya di Instagram. 

SELAMAT BERKARYA !!

Comments

Popular posts from this blog

BISKUT RAYA KEGEMARANKU

JUADAH TIDAK BERNAMA

MULTILINGUALISM