Posts

Showing posts from 2018

TERIMA KASIH GURU

Image
Ini merupakan entri terakhir yang aku tulis buat tugasan penulisan blog bagi subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Memandangkan kini sudah pun minggu terakhir kuliah pada semester ini, sudah semestinya semua sesi pembelajaran akan tamat pada minggu ini. Entri terakhir ini aku tulis khas ku tujukan kepada pensyarah kursus BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif iaitu Prof. Madya. Dr. Kamariah binti Kamarudin. Sesungguhnya, pada permulaan kuliah, aku berasa sungguh bosan dan tidak berminat terhadap subjek ini. Namun, lama-kelamaan, minat aku terhadap subjek ini semakin memberansangkan. Jika sebelum ini aku amat tidak meminati genre puisi seperti sajak, pantun dan syair tetapi kini aku telah mempunyai minat sedikit dalam genre ini. Jika sebelum ini juga aku langsung tidak berminat untuk menulis karya-karya seperti cerpen, novel dan skrip drama namun kini aku telah pun mempunyai sebuah azam untuk menulis sebuah novel hasil diriku sendiri. Jujur aku akui, sebelum ini aku tidak berminat dalam

JUADAH TIDAK BERNAMA

Image
TELUR BUNGKUS Juadah tidak bernama, mengapa tajuk ini yang aku pilih untuk entri kali ini? Hal ini adalah kerana pada hari ini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang satu juadah kegemaranku yang sudah semestinya dimasak oleh ibuku sendiri namun juadah ini masih tiada nama sehingga hari ini. Juadah ini amat mudah dimasak dan bahan-bahannya juga sangat mudah didapati. Anda hanya memerlukan kepingan ayam yang dipotong dadu, telur, sos, kicap, daun kesum dan banyak lagi. Sejujurnya, aku juga agak kurang pasti bagaimana untuk menggambarkan juadah ini. Juadah ini rasanya seperti telur bungkus atau telur bistik namun rupanya amat berbeza daripada kedua-dua masakan tersebut. TELUR BISTIK Juadah ini tidak mempunyai nama kerana ibu sendiri yang mencipta resepi tersebut. Saat pertama kali juadah ini masuk ke dalam mulutku, aku terus terkesima dengan rasanya yang enak sekali. Maka, sejak itulah juadah ini telah bertakhta sebagai makanan kegemaranku. Apabila aku mula me

BISKUT RAYA KEGEMARANKU

Image
Aidilfitri kian menjelang tiba, aku pasti ramai kini yang sedang sibuk mencari kelengkapan raya. Jika sebut sahaja Hari Raya, sudah semestinya perkataan biskut raya akan terus terlintas di pemikiran anda. Seperti keluarga-keluarga lain, keluargaku juga tidak ketinggalan untuk melengkapi senarai panjang biskut raya di rumah. Seperti kebiasaan, keluarga aku lebih memilih untuk membuat sendiri biskut-biskut raya. Biskut yang dibeli adalah hanya empat jenis sahaja iaitu Biskut Almond London, Biskut Kusai dan Biskut Coklat Urai. Ketiga-tiga biskut ini pun ibu hanya akan menempahnya daripada kawan-kawan ibu.  BISKUT ALMOND LONDON, COKLAT URAI DAN KUSAI Pada setiap tahun, biskut-biskut yang akan dibuat oleh kami sekeluarga kebanyakannya sama. Walaupun ia tidak pernah berubah, namun kesemuanya cepat sahaja habis kerana kami sekeluarga amat menggemarinya. Mana tidaknya, hasil air tangan sendiri sudah semestinya lebih baik daripada orang lain. Berikut adalah antara jenis bisk

ROAD TO BARAKAH

Image
As final examination is nearing, I'm sure that a lot of you have been in a not-so-good state right now. Am I right? I'm sure the answer is yes. I'm also one of them.  Life in campus is getting harder day by day. Tons of assignments, presentations, submissions and many more are keep chasing us. Lately, I had migraine or headache almost everyday but because there are still a lot of things to do, i push away that sickness and continue doing my work. I even didn't take medicine because I already used to it. I'm sure some of you also experienced things that same with me. Lastly I realized, whatever happens in our life, finally we will submit and seek for a help from God. So today, I want to share some powerful quotes that I always put in my mind if I'm in a state of distress.  Just because you don't see the good in something doesn't mean it's not there. Allah has a plan for everything Something that seems bad, at the moment can

DOING PART TIME JOB IN RESTAURANT

Image
Our world population nowadays keep rising which lead to a mass number of people but lack opportunity for a job. Due to this issue, thousands of graduated students are still unemployed. So, working in a restaurant is one of the best way that these people can do while waiting for their job. I want to write about this topic for today's entry because I know that semester holiday is almost near right now. So, i'm sure that a lot of you want to do a part time job to fill the long holiday. By doing this part time job, you all can take advantage while working hard to get money, you also gains a lot of experiences. So here, I want to give you some tips that will help all of you a lot especially when you are working in a restaurant as a part time worker and also to make sure that you can survive while working in a pleasant way. 1. COMMUNICATION SKILL COMMUNICATE WITH OTHER WORKERS  -  - Communicate with other workers to make sure that you are running the restaurant in

SAKURA DI BUMI MATAHARI TERBIT

Image
SAKURA DI BUMI MATAHARI TERBIT. Mengapa aku memilih tajuk ini untuk entri pada kali ini? Hal ini adalah kerana pada entri kali ini, aku ingin menceritakan tentang satu-satunya destinasi yang amat aku ingin kunjungi sejak kecil lagi. Aku pasti anda sudah dapat meneka negara apakah yang ingin aku kunjungi hanya melalui tajuk tersebut. Ya, tepat sekali! Aku sangat mengingini untuk melawat ke negara Jepun. Impianku ini telah aku semat ketat-ketat dalam pemikiran dan sanubariku sejak kecil lagi. Anda pasti tertanya-tanya mengapa aku ingin pergi ke Jepun dan tidak ke negara lain. Oleh itu, aku akan menceritakan beberapa sebab mengapa Jepun menjadi pilihan utamaku. 1.  PEMANDANGAN YANG INDAH Aku pasti anda semua juga sudah sedia maklum bahawa pemandangan dan tempat-tempat di Jepun mempunyai pemandangan yang sangat indah sekali. Dua pemandangan yang aku amat ingin lihat adalah pemandangan gunung Fuji serta keindahan pohon-pohon Sakura. Sebagai seorang yang sukakan menikmati keind

DIY (DO-IT-YOURSLEF)

Image
Do-It-Yourself atau pun lebih dikenali dengan DIY merupakan suatu kegiatan membuat, memperbaiki, memodifikasi sesuatu benda yang dilakukan sendiri oleh seseorang tanpa memerlukan bantuan orang yang mahir dalam bidang tersebut. DIY kebiasaannya hanya akan menggunakan barang-barang terpakai atau pun barangan harian yang mudah didapati. DIY boleh diaplikasikan dalam pelbagai perkara seperti untuk perkara-perkara yang melibatkan pertukangan, perhiasan, kegunaan harian, penanaman pokok dan banyak lagi. DIY mampu memberikan pelbagai kebaikan seperti : Menambah kreativiti Menjimatkan masa dan wang Rasa puas dan bangga dengan hasil karya buatan sendiri Barang tersebut unik dan terhad Bagiku, DIY merupakan antara salah satu hobi yang akan hampir lakukan saban hari. DIY yang aku sering lakukan adalah yang berkaitan dengan kraf dan perhiasan. Untuk pengetahuan semua, aku mula meminati DIY sejak aku berada di sekolah rendah lagi. Ibu juga tidak pernah menghalang hobiku ini kera