MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Percutian pertama dan terakhir kami, MAHOMIES
Percutian ini berlaku semasa aku berada di program asasi TESL di UITM Kampus Dengkil. 'MAHOMIES' merupakan nama yang telah diwujudkan oleh aku dan rakan serumahku iaitu bilik 306. Bilik 306 mempunyai seramai enam orang pelajar namun pada hari percutian tersebut, mereka tidak dapat menyertai kerana mempunyai hal lain.
Kami pun bertolak ke Melaka dengan menaiki bas pada pukul 9.30 pagi. Sesampainya di Melaka Sentral, abang kepada rakanku telah pun menunggu kami di situ. Setibanya kami di rumah rakanku, kedua ibubapa dan kakaknya telah menyambut kami dengan penuh kegembiraan. Setelah menjamu hidangan makanan tengah hari, kami semua berehat terlebih dahulu kerana pada waktu petang, abang kepada rakanku akan membawa kami berjalan-berjalan ke Pantai Klebang. Suasana Pantai Klebang pada petang tersebut sangatlah meriah dengan dipenuhi oleh para pengunjung serta gerai-gerai makanan. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasai menu yang amat terkenal di situ iaitu 'Coconut Shake'.
Setelah bersiar-siar di sekitar pantai tersebut, kami pun pulang pada jam 7.30 malam. Pada malamnya pula, ibu dan bapa rakanku telah membawa kami bersiar-siar di sekitar bandar Melaka. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah 'Melaka River Cruise', menaiki beca dan Menara Taming Sari serta membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan.
DARI KIRI (ALIA, AKU, SARAH, AINA) |
Percutian ini berlaku semasa aku berada di program asasi TESL di UITM Kampus Dengkil. 'MAHOMIES' merupakan nama yang telah diwujudkan oleh aku dan rakan serumahku iaitu bilik 306. Bilik 306 mempunyai seramai enam orang pelajar namun pada hari percutian tersebut, mereka tidak dapat menyertai kerana mempunyai hal lain.
HARI PERTAMA (JUMAAT)
Mengikut perancangan, kami akan tinggal di Melaka selama 3 hari 2 malam di rumah rakanku, Aina. Namun, malang tidak berbau, semasa kami tiba untuk membeli tiket bas di Terminal Bersepada Selatan (TBS), kesemua tiket untuk ke Melaka pada hari tersebut telah habis dijual. Oleh itu, kami pun memutuskan untuk membeli tiket untuk hari keesokannya. Setelah selesai membeli, kami dengan penuh perasaan kecewanya bercadang untuk tidur di koridor TBS sahaja. Hal ini kerana terdapat juga orang lain yang turut serta tidur di koridor tersebut.
Namun, tanpa diduga, kami secara tiba-tiba terfikir untuk mencari hotel bajet yang berdekatan. Dengan menggunakan aplikasi Trivago, kami menjumpai sebuah hotel bajet yang hanya mengambil masa dalam 10 minit dari TBS dengan harga RM 70. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila kami telah ditipu kerana harga sebenar bilik tersebut adalah RM 120. Kerana badan yang sudah terlalu keletihan, kami terus bersetuju untuk menetap disitu walaupun harganya yang berbeza. Nasib malang kami bertimpa lagi apabila kami bertengkar dengan petugas di kaunter mengenai pemanas air dan ditambah lagi dengan hidangan mi segera sebagai makan malam dan sarapan pagi besoknya. Sesungguhnya, pengalaman ini telah lekat kukuh di fikiranku kerana betapa banyaknya cabaran yang telah kami lalui.
HARI KEDUA (SABTU)
Kami pun bertolak ke Melaka dengan menaiki bas pada pukul 9.30 pagi. Sesampainya di Melaka Sentral, abang kepada rakanku telah pun menunggu kami di situ. Setibanya kami di rumah rakanku, kedua ibubapa dan kakaknya telah menyambut kami dengan penuh kegembiraan. Setelah menjamu hidangan makanan tengah hari, kami semua berehat terlebih dahulu kerana pada waktu petang, abang kepada rakanku akan membawa kami berjalan-berjalan ke Pantai Klebang. Suasana Pantai Klebang pada petang tersebut sangatlah meriah dengan dipenuhi oleh para pengunjung serta gerai-gerai makanan. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasai menu yang amat terkenal di situ iaitu 'Coconut Shake'.
Setelah bersiar-siar di sekitar pantai tersebut, kami pun pulang pada jam 7.30 malam. Pada malamnya pula, ibu dan bapa rakanku telah membawa kami bersiar-siar di sekitar bandar Melaka. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah 'Melaka River Cruise', menaiki beca dan Menara Taming Sari serta membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan.
HARI KETIGA (AHAD)
Pada hari ini, keempat-empat bangkit dengan penuh ceria dan semangat sekali kerana akan pergi ke Taman Tema Air A'Famosa di Alor Gajah. Perasaan ku sungguh teruja kerana ini merupakan pertama kali aku berkunjung ke taman tema air ini. Abang dan kakak rakanku turut juga turut serta bersama kami. Harga tiketnya juga amat berpatutan dengan segala jenis aktiviti dan permainan yang disediakan. Tiket tersebut turut berserta dengan pakej menu makanan tengah hari.
Kami semua amat menikmati masa bersama ini dengan mencuba pelbagai permainan seperti papan gelongsor. Namun aku sedikit kecewa kerana terdapat sesetengah permainan yang aku tidak boleh naiki kerana berat aku yang tidak mencukupi. Selain itu, aku juga turut mencuba permainan-permainan yang amat mencabar dan menakutkan pada pendapatku. Pada mulanya, aku juga tidak berani untuk menaikinya namun dengan dorongan oleh rakan-rakanku, aku akhirnya mencuba juga permainan tersebut. Namun, hujan telah turun dengan lebatnya pada waktu petang. Maka, kami semua pun berhenti bermain di dalam air dan naik untuk menukar baju. Dalam perjalan pulang tersebut, kami semua telah tertidur kepenatan.
HARI KEEMPAT (ISNIN)
Seperti yang telah kami persetujui sebelum ini, kami semua bercadang untuk melanjutkan masa percutian kami kerana kami begitu kepenatan untuk pulang semalam. Pagi sebelum kami pulang ke UITM, ibu rakanku telah membawa kami ke Muzium 3D yang terletak amat berdekatan dengan tempat tinggal rakanku. Disebabkan ini juga merupakan pengalaman pertama aku berkunjung ke muzium 3D, aku berasa sangat teruja dan kagum dengan seni dan kreativiti lukisan-lukisan yang dipamerkan. Setelah kami menjamu makanan tengah hari, kami pun bertolak pulang dengan dihantar oleh keluarga rakanku. Hal ini kerana, mereka turut ingin menghantar kakak rakanku ke UPM.
Sesungguhnya, ini merupakan antara salah satu pengalaman yang paling aku tidak dapat lupakan kerana percutian ini penuh dengan pengalaman pahit dan manis. Betul seperti pepatah melayu katakan, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'. Jika kita tidak berani untuk meneroka atau mengembara ke satu tempat baru, maka kita tidak akan dapat mengumpul pengalaman yang penuh berharga itu.
Comments
Post a Comment