AIR TANGAN OPAH
Aku pasti ramai pembaca di sini yang gemarkan masakan nenek anda, tidak ketinggalan juga aku. Jujur aku katakan, aku begitu cukup kagum dengan kepakaran opahku dalam memasak. Jika seseorang itu perlu mengulang beberapa kali resepi yang baharu untuk menghasilkan masakan yang sempurna, namun tidak opah. Percubaan kali pertama sahaja, opah sudah pun berjaya menghasilkan masakan yang sempurna dan enak sekali. Anda lontarkan sahaja resepi-resepi baharu, opah pasti akan berjaya memasaknya. Opahku adalah seorang yang amat menggemari untuk memasak buat cucu-cucunya. Jika menjelang hari raya, kebanyakan kuih-muih serta kerepek-kerepek dibuat sendiri oleh opah. Malahan, laksa dan mi juga diuli dan dibuat sendiri oleh opah. Aku pernah bertanyakan hal ini kepada opah, lalu opah menjawab kerana beliau merasakan satu kepuasan dapat memasak untuk cucu-cucunya terutama sekali yang tinggal berjauhan dan hanya pulang sekali sekala. Apabila cuti sahaja, aku pasti akan pulang ke kampung kerana a