Posts

Showing posts from February, 2018

KUEY TEOW GORENG DOLI

Image
Pernahkah anda mendengar nama ini? Jika anda seorang yang gemarkan 'food hunting', aku amat pasti bahawa anda semua pernah mendengar akan nama ini. 'KUEY TEOW GORENG DOLI', merupakan sebuah restoran yang tidaklah begitu besar mahupun gah jika dilihat luarannya, namun keenakan masakannya memang tiada tara. Restoran yang terletak di bandar Taiping ini amat dikenali oleh orang ramai bukan sahaja oleh penduduk tempatan tetapi oleh masyarakat luar juga. Setiap kali aku sekeluarga berkunjung ke restoran ini, pasti kami perlu menunggu terlebih dahulu di luar pintu restoran tersebut kerana restoran ini sentiasa dipenuhi oleh orang ramai. Masyarakat dari pelbagai lapisan umur, kaum keluarga, para remaja tidak kurang juga golongan berumur akan sentiasa keluar masuk ke dalam restoran ini. Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh krew program televisyen TV3 iaitu 'JALAN-JALAN CARI MAKAN'. Nama rancangan ini sudah pasti tidak asing lagi pada pembaca semua. PEMANDAN

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Image
Percutian pertama dan terakhir kami, MAHOMIES DARI KIRI (ALIA, AKU, SARAH, AINA) Percutian ini berlaku semasa aku berada di program asasi TESL di UITM Kampus Dengkil. 'MAHOMIES' merupakan nama yang telah diwujudkan oleh aku dan rakan serumahku iaitu bilik 306. Bilik 306 mempunyai seramai enam orang pelajar namun pada hari percutian tersebut, mereka tidak dapat menyertai kerana mempunyai hal lain. HARI PERTA MA (JUMAAT) Mengikut perancangan, kami akan tinggal di Melaka selama 3 hari 2 malam di rumah rakanku, Aina. Namun, malang tidak berbau, semasa kami tiba untuk membeli tiket bas di Terminal Bersepada Selatan (TBS), kesemua tiket untuk ke Melaka pada hari tersebut telah habis dijual. Oleh itu, kami pun memutuskan untuk membeli tiket untuk hari keesokannya. Setelah selesai membeli, kami dengan penuh perasaan kecewanya bercadang untuk tidur di koridor TBS sahaja. Hal ini kerana terdapat juga orang lain yang turut serta tidur di koridor tersebut.  Namun, ta